BAHAN-BAHAN :
1) Bahan untuk kulit :
- 20 gm tepung gandum
- 60 gm tepung beras
- 1 biji telur
2) Bahan untuk sos :
- 6 biji cili merah (dibuang biji)
- 2 tsp cuka
- 1 tsp garam
- 1 tsp lada sulah
- 2 tbsp sos cili
3) Bahan untuk inti :
- 1/4 batang timun
- 1/2 batang karet
- 1/4 biji sengkuang
- 1 cwn taugeh
- 1 biji cili merah
- 1 biji cili hijau
- 1 keping tauhu
- 60 gm udang hidup
- 3 ulas bawang putih
- 6 ulas bawang merah
- 2 tbsp minyak masak
LANGKAH PENYEDIAAN :
1. Ayak tepung beras dan tepung gandum dengan garam. Kemudian, lubangkan di tengah dan masukkan telur.
2. Masukkan air sedikit demi seidkit dan kacau sehingga manjadi bater yang licin dan cair. Rehatkan bater seketika.
3. Panaskan minyak, tumis bawang yang telah ditumbuk sehingga garing. Kemudian, masukkan udang dan sedikit
garam.
4. Masukkan sengkuang, karet, taugeh, timun, cili dan tauhu yang telah digoreng.
5. Panaskan minyak, celup acuan pai tee dalam minyak, kemudian celup acuan ke dalam adunan bater, goreng
hingga kekuningan.
6. Bagi penyediaan sos, kisar cili merah, campur cuka, gula, sos cili dan sedikit garam. Masak atas api sehingga cili
masak.
7. Hidangkan pai tee bersama sos cili.
p/s : hidangan ini sesuai untuk porsi 2 orang sahaja. Selamat mencuba.. 

No comments:
Post a Comment